Belajar Buat Poster Menggunakan Canva - Covid19
24 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet (PI) Kg Karangan telah mengadakan kelas belajar cara asas membuat poster bertempat di Bilik Latihan PI Kg Karangan bersama-sama 5 orang peserta. Peserta diajar langkah-langkah membuat poster dengan aplikasi Canva mengikut kreativiti masing-masing supaya dapat menghasilkan sebuah poster yang menarik dan bermaklumat berkenaan Covid 19 bersumberkan maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang maklumat terkini berkaitan isu semasa Covid 19 serta tentang manfaat penggunaan aplikasi Canva yang mempunyai pelbagai fungsi yang menarik dan senang digunakan. Selain poster, Canva juga boleh menghasilkan risalah, kalendar, kad jemputan, resume dan banyak lagi. Diharapkan ilmu yang dipelajari dapat digunakan di masa hadapan. #manfaatkanteknologidihujungjari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: